Sabtu, 16 Mac 2019


'Hebatnya al-Quran, kamu tidak boleh mengubah isinya, tapi isinya mampu mengubah hidup kamu' 

Mana mungkin kita mampu mengubah kehidupan seseorang.
Siapa kita untuk mengubah kehidupan seseorang? 
Sudah jelas, terang dan nyata hanya individu itu sendiri yang akan mengubah hidupnya.

Gunakan pena, menarikan pena, lakarkan aksara yang mampu menjentik jiwa mereka
untuk mereka mengubah hidup mereka.

Cukup satu perkataan yang menjadi perbincangan untuk kebaikan itu sudah memadai berbanding
ribuan patah perkataan tetapi kosong!

Berdamai dengan takdir, positifkan diri, anda mampu mengubahnya!

Sabtu, 9 Mac 2019

AKU

Aku yang kau tidak kenali

Jika namaku yang kau ingin tahu, namaku ringkas dan padat.
Jika perwatakanku yang ingin kau tahu, rapatlah denganku.
Jika latar belakangku ingin kau tahu, pastikan kau adalah insan yang aku percaya.
Jika segala rahasiaku yang ingin kau tahu, maaf diantara kita tiada yang rahsia
Cuma satu hal inginku titipkan, andai kau benar-benar mahu mengenali aku.
Datanglah bersua, bukan kau dengar segala tentang aku dari orang lain.
Kerna, manusia ada dua jenis.
Satu, mereka yang suka denganku dan akan menceritakan semua kebaikanku.
Dua, mereka yang tidak suka malahan membenci diriku dan
kemungkinan besar ada satu hal buruk yang membuatmu takut mengenaliku.

Terlalu banyak kekurangan diri ini, dan aku harus meneroka mencari kelebihan.
Gagak di rimba, mana mungkin terbang bersama Merak Kayangan.
Tetapi, ingatlah gagak juga mempunyai sayap dan kemungkinan besar dengan kuasa Ilahi gagak itu
bisa terbang lebih tinggi dari Merak Kayangan.

Setiap catukan huruf-huruf di komputer riba yang membentuk satu demi satu perkataan
lalu menjadi sebuah coretan ini tiada kaitan dengan sesiapa. Sebelum catukan ini terhenti,
inginku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan semoga kita sama-sama
memperoleh manfaat.


Selamat berkenalan.

Yang Ikhlas,
Sang Pemimpi




Kisah Pena



Aku tahu kau ada pelbagai jenis pena,
menarilah bersama penamu,
mencuba membentuk aksara,
yang mampu menjentik jiwa yang membaca.
Itulah sebaik-baik perkongsian.
Usah kau gantung penamu.

Makin lama pena menari, 
pena nan tumpul,
usahlah kau gentar,
hasil aksara itu pasti cukup
menajamkan.

Rabu, 6 Mac 2019

Wira Sejati




Ayah,  Aku belajar menjadi kuat daripadamu. Ayah, senyummu yang mendamaikan jiwaku yang gundah. Ayah, semoga sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. Ayah, terima kasih atas segala penat lelahmu. Semoga Allah meletakkanmu di syurga Firdausi atas keikhlasan keringat yang Ayah keluarkan bagi membesarkan anak-anak. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang bermanfaat buat Ayah. Ayah, meskipun anaknda terlalu muda untuk mentafsirkan kehidupan yang sebenar. Tetapi, anaknda belajar dari Ayah yang hebat dan perlahan-lahan mentafsir tentang kehidupan apabila saat meniti usia yang semakin dewasa.Ayah, saat anaknda jauh di rantauan untuk mencari erti kehidupan, jangan lupa kirimkan bunga rindu dari desa untukku cium baunya. 
  #salamrindubuatayah

KISAH PENA

 yang terbaik semestinya memakan waktu