Ahad, 6 Disember 2020

waktu tetap berjalan, 

tanpa kita sedari kita sudahpun melalui

hari demi hari silih ganti,

Namun, sedarkah kita, apakah yang kita isi di antara 

ruang waktu yang sedang berjalan.



Sabtu, 4 Januari 2020

        Aku terpaku dari letih yang menyelubungi tubuhku. Baru aku mengerti bahawa kita tidak punya apa-apa. Bahkan udara yang dihirup ini pun hanya pinjaman dari Ilahi. Namun, sebaris persoalan mula muncul di benakku. Mengapa masih lagi ada manusia yang tidak menghargai nikmat yang Allah berikan? Mengapa masih lagi angkuh dan sombong? 

     Aku tidak mahu menjawab, biarlah yang membaca merenung dan menjawab sendiri. Bukankah manusia hari ini suka menilai sendiri tentang sesuatu perkara meskipun tidak mengetahui tentang itu? Bukankah manusia hari ini lebih sibuk menjaga tepi kain orang berbanding berusaha membetulkan diri sendiri?

     Itulah yang berlaku dalam dunia moden sekarang ini. Pemikiran masyarakat masih lagi terkebelakang itu tidak dapat aku nafikan. Sudah banyak yang mengatakan  hal ini. Apa yang aku pelajari sepanjang aku menuntut di universiti, aku jumpa dua jenis manusia. Satu, manusia yang sayang akan diri kita. Dua, manusia yang dengki dengan kelebihan kita. Aku tidak mahu perkatakan tentang manusia yang mempunyai hasad dengki. Tetapi, aku ingin memberitahu akan kisah orang yang sayang akan diri kita.

     Ketahuilah, orang yang sayang dengan kita itu adalah orang selalu menginginkan yang terbaik untuk kita. Aku ada beberapa orang kawan yang selalu menyayangiku. Selalu memberi sokongan terhadapku. Selalu ada denganku. Sebagai kawan, aku tidak terlepas dari melakukan kesalahan dalam semua perkara. Mungkin terkadang aku menyakiti hati mereka secara sengaja atau tidak sengaja. Di sini, apa yang aku mahu kongsikan dalam persahabatan harus ada saling memaafi. Ada satu hal juga yang perlu aku beritahu, aku sayang semua orang.

Salam Maaf dan Salam Sayang

  

Jumaat, 3 Januari 2020

Sedikit Coretan



Sudah terlalu lama aku tidak menulis dalam blog ini. Aku hampir terlupa yang aku ada akaun blog sendiri. Semalam, 3 Januari 2020, aku  terlihat 'story whatsapp' salah seorang kenalanku yang menyiarkan link blog miliknya. Lalu, aku teringat aku pun ada akaun blog. Memandangkan banyak cerita aku nak kongsi. Aku berfikir ini adalah masanya untuk aku menulis. Walaupun aku sendiri tidak tahu cara menulis dengan berkesan.  Jadi, aku tulis apa yang aku ingin tulis. Aku tulis dengan cara aku. Sengaja aku biarkan aksara di skrin komputer riba ini ditaip oleh jariku. Biarkan apa yang tertulis adalah mainan fikiranku pada ketika ini. 

Hakikat sebenar, aku tidak tahu di mana tempat aku meluahkan segala isi hati yang terbuku. Aku rasa di sini barangkali tepat. Mungkin hari ini bukan hari yang tepat untuk aku meluahkan segalanya. Mungkin lain waktu. Aku terpaksa berjuang untuk peperiksaan akhir dan menyiapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir untuk bacelor sastera. 

Doakan aku berjaya di dunia dan di akhirat. Apa yang aku rancang pada 2020 berjalan dengan lancar.


Salam 2020 dariku..


Isnin, 8 April 2019


Pada 6 April 2019 yang lalu, satu peristiwa yang membuat saya begitu teruja di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Tahniah buat pensyarah saya iaitu Dr Kamariah Kamarudin di atas pelancaran cerpen Puteri 3 Negeri hasil gabungan penulis dari Indonesia dan Brunei. Kulit buku yang sangat cantik dan sudah pasti mempunyai makna di sebalik bunga bunga yang terpapar pada kulit buku tersebut. Di mana, ia memberi makna tentang bunga yang terdapat di Malaysia, Indonesia dan Brunei yang menggambarkan tiga orang penulis. Terdapat 15 buah cerpen yang mengisahkan tentang pergelutan dan pergolakan manusia. Hal ini sangat memberi inspirasi kepada saya sendiri untuk menceburi bidang sastera dengan lebih mendalam. Sekali lagi tahniah untuk Dr Kamariah!

Sabtu, 16 Mac 2019


'Hebatnya al-Quran, kamu tidak boleh mengubah isinya, tapi isinya mampu mengubah hidup kamu' 

Mana mungkin kita mampu mengubah kehidupan seseorang.
Siapa kita untuk mengubah kehidupan seseorang? 
Sudah jelas, terang dan nyata hanya individu itu sendiri yang akan mengubah hidupnya.

Gunakan pena, menarikan pena, lakarkan aksara yang mampu menjentik jiwa mereka
untuk mereka mengubah hidup mereka.

Cukup satu perkataan yang menjadi perbincangan untuk kebaikan itu sudah memadai berbanding
ribuan patah perkataan tetapi kosong!

Berdamai dengan takdir, positifkan diri, anda mampu mengubahnya!

Sabtu, 9 Mac 2019

AKU

Aku yang kau tidak kenali

Jika namaku yang kau ingin tahu, namaku ringkas dan padat.
Jika perwatakanku yang ingin kau tahu, rapatlah denganku.
Jika latar belakangku ingin kau tahu, pastikan kau adalah insan yang aku percaya.
Jika segala rahasiaku yang ingin kau tahu, maaf diantara kita tiada yang rahsia
Cuma satu hal inginku titipkan, andai kau benar-benar mahu mengenali aku.
Datanglah bersua, bukan kau dengar segala tentang aku dari orang lain.
Kerna, manusia ada dua jenis.
Satu, mereka yang suka denganku dan akan menceritakan semua kebaikanku.
Dua, mereka yang tidak suka malahan membenci diriku dan
kemungkinan besar ada satu hal buruk yang membuatmu takut mengenaliku.

Terlalu banyak kekurangan diri ini, dan aku harus meneroka mencari kelebihan.
Gagak di rimba, mana mungkin terbang bersama Merak Kayangan.
Tetapi, ingatlah gagak juga mempunyai sayap dan kemungkinan besar dengan kuasa Ilahi gagak itu
bisa terbang lebih tinggi dari Merak Kayangan.

Setiap catukan huruf-huruf di komputer riba yang membentuk satu demi satu perkataan
lalu menjadi sebuah coretan ini tiada kaitan dengan sesiapa. Sebelum catukan ini terhenti,
inginku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan semoga kita sama-sama
memperoleh manfaat.


Selamat berkenalan.

Yang Ikhlas,
Sang Pemimpi




KISAH PENA

 yang terbaik semestinya memakan waktu